Monday, 4 March 2019

Kewajipan Isteri Terhadap Suami


Di antara kewajipan isteri yang paling asas terhadap suaminya ialah:
a)      Pergaulan yang baik
Isteri wajib bergaul dengan suaminya dengan cara yang terbaik. Ia hendaklah memberi kasih sayang, kesetiaan dan kemesraan kepada suaminya. Sentiasa bersedia untuk berkhidmat dan menyenangkan hati suaminya. Tidak menyakiti hati suami dengan kata-kata dan perbuatannya.

b)      Menjaga kehormatan diri
c)      Menjaga harta benda suami
d)      Taat kepada suami
Taat kepada suami bermaksud berdasarkan kepada batas-batas yang diizinkan oleh syarak. Di antara perkara yang perlu diperhatikan oleh isteri adalah:
(i)                 Tidak boleh keluar rumah, kecuali:
(a)   Menziarahi ibu bapa dan mahram mengikut keperluan dan kebiasaan
(b)   Mempelajari hal-hal fardhu ain kerana suami tidak mengajar dan tidak                    menyediakan guru di rumah.

(ii)               Tidak boleh membawa masuk ke dalam rumah orang-orang yang dibenci suami dan      yang bukan mahram tanpa izin suami.
(iii)             Tidak boleh berpuasa sunat semasa suami berada di rumah tanpa izin suami.
(iv)              Tidak bersedekah dengan harta suami kecuali dengan izinnya.
(v)                Tidak menolak kemahuan suami kecuali uzur syarie
(vi)              Menyusukan dan mengasuh anak-anak
(vii)            Bertempat tinggal bersama suami
(viii)          Berkhidmat kepada suami
(ix)              Sentiasa malu terhadap suami
(x)                Diam ketika suami sedang berkata-kata
(xi)              Memakai wangi-wangian
(xii)            Sentiasa berhias di hadapan suami
(xiii)          Menghormati keluarga suami dan para kerabatnya
(xiv)          Merasa puas jka diberi sedikit oleh suaminya
(xv)            Berdiri ketika suaminya datang dan ketika keluar
(xvi)          Memelihara mulutnya dengan wangi-wangian
(xvii)        Merendahkan penglihatan ketika berhadapan dengan suami sebagai tanda hormat


Kadar Nafkah Untuk Isteri

Syarat Islam tidak menetapkan kadar nafkah dalam bentuk minima dan maksimanya. Ia cuma menetapkan suatu kaedah umum sahaja iaitu:

a) Nafkah yang mencukupi

b) Menurut kemampuan suami yang kaya sesuai dengan kekayaannya dan miskin sesuai dengan kemiskinannya.

c) Tidak mengurangi, tidak menyusahkan dan tidak membahayakan (menurut keperluan asas atau pokok).

Syarat-syarat Isteri Yang Berhak Menerima Nafkah

Syarat-syarat itu adalah:

a) Akad nikah yang sah

b) Si isteri menyerahkan diri kepada suami

c) Si suami dapat beristimta' dengan isteri

d) Isteri bersedia tinggal bersama di rumah suaminya

e) Isteri adalah orang yang layak untuk istimta'

Kewajipan Suami Kepada Isteri


Kewajipan suami kepada isteri:
1.      Kewajipan yang bersifat akhlaki (moral)
a)      Pergaulan yang baik
b)      Berhati sabar
c)      Melindungi keselamatan isteri
d)      Nafkah batin
e)      Memberi pendidikan

Si suami wajib mengadakan hubungan seks dengan isterinya sekurang-kurangnya sekali dalam tempoh tiap-tiap kali suci. Dalam melakukan hubungan kelamin ini beberapa hal perlu diambil perhatian iaitu:
a)   Memulakan dengan gurau senda yang boleh meransangkan nafsu kedua belah pihak dan bila hendak melabuhkan sauh, maka sunat membaca Basmalah dan doa berikut:
Maksudnya: Dengan nama Allah. Wahai Tuhanku, jauhilah kami dari syaitan dan jauhkanlah syaitan dari anak yang Engkau kurniakan kepada kami.

b) Hubungan kelamin itu hendaklah dilakukan di tempat yang tertutup dan tidak mendedahkan aurat.
c)    Merahsiahkan hubungan kelamin
d)  Hubungan seks adalah puncak kepuasan nafsu antara suami isteri dan itulah antara punca kebahagiaan mereka. Oleh itu suami janganlah memikirkan kepuasannya sahaja tetapi kepuasan isteri mesti dipenuhi seperti kepuasan yang dicapainya.
e)    Tidak mencampuri isteri di kala haid

2.      Kewajipan yang bersifat kebendaan
Kewajipan-kewajipan suami yang bersifat kebendaan ialah:
a)      Mahar (mas kahwin)
b)      Tempat tinggal yang sesuai dengan keperluan suami
c)      Nafkah yang berupa makanan, minuman, pakaian, perubatan dan lain-lain.


Hak dan Kewajipan Sesama Suami Isteri

Akad nikah yang sah akan disusuli dengan beberapa hak dan kewajipan

Hak dan kewajipan bersama:

a)      Halalnya pergaulan antara suami dan isteri

b)   Masing-masing berhak mendapat harta warisan jika salah seorang meninggal     dunia

c)      Menjaga nama baik dan kehormatan diri

d)      Kewajipan bergaul dengan baik dalam suasana aman bahagia dan kasih saying

e)      Wajib menjaga rahsia rumah tangga

f)     Suami berhak mendapat nasab keturunan dan isteri berkewajipan melahirkan keturunan itu

g)    Wajib dan berhak mendidik semua anak yang lahir

Tidak Wajib Membayar Mahar


Tidak wajib membayar mahar antaranya:

a) Suami tidak wajib membayar sedikit pun mahar kepada isterinya dalam semua perceraiannya yang berlaku sebelum hubungan seks atas sebab-sebab yang timbul dari pihak isteri seperti murtad atau difasakhkan perkahwinan atas sebab kecacatan yang ada pada isteri.

Bahagian Mas Kahwin


Bahagian mas kahwin terbahagi dua iaitu:
1.      Al-Mahrul musamma
Maksudnya: Mas kahwin yang telah dipersetujui terlebih dahulu jumlahnya dan jenisnya serta dinyatakan dalam lafaz ijab dan qabul. Mahar musamma ini terbahagi kepada dua iaitu bayaran mahar secara tunai dan secara bertangguh atau hutang.

Menurut Sunnah Nabi Muhammad s.a.w. iaitu suami dianjurkan supaya memberikan sebahagian dari mahar itu kepada isterinya sebelum ia menidurinya.

Mas kahwin (mahar) yang telah dipersetujui terlebih dahulu jumlah dan jenisnya wajib diberikan oleh suami kepada isterinya apabila:

a)      Telah berlaku hubungan seks antara suami isteri
b)      Salah seorang di antara suami atau isteri meninggal dunia
c)      Berlaku perceraian sebelum berlaku hubungan seks. Dalam hal ini isteri hanya berhak mendapat separuh maharnya
d)      Perkahwinan yang fasid (tidak sah) dan telah berlaku hubungan seks antara suami isteri. Mahar wajib dibayar sepenuhnya dan perkahwinan dibatalkan.

2.      Mahrul mithil
Iaitu mahar yang serupa atau setanding yang diberikan oleh suami kepada isterinya dengan mahar yang diterima oleh gadis lain dalam keluarganya atau dalam kampungnya yang setaraf dengannya dari segi kecantikan, keperawanannya, pendidikannya, agamanya dan akhlaknya serta status sosialnya.

Mahar mithil ini wajib diberikan oleh suami kepad isterinya apabila:
a)      Berlaku hubungan seks antara suami isterinya, ataupun suami meninggal dunia sebelum digauli. Si isteri juga berhak mendapat harta pusaka peninggalan suaminya.