Sunday, 3 March 2019

Hukum Perkahwinan

Hukum perkahwinan itu dapat dibahagikan kepada empat, iaitu:

1.      Sunat
Sunat hukumnya bagi lelaki yang memerlukan perkahwinan, di samping itu ia mampu menyediakan perbelanjaan mahar (mas kahwin) dan nafkah hidup. Walaupun lelaki ahli ibadah, disunatkan juga berkahwin demi mengawal agama, keturunan dan mencari kebaikan.

2.      Makruh
Bagi seorang yang lemah tenaga lelakinya atau kurang mampu memberi nafkah kepada isterinya, maka berkahwin baginya adalah makruh.

3.      Haram
Perkahwinan menjadi haram bagi seseorang yang tidak dapat berlaku adil ataupun ia tidak sama sekali mempunyai kemampuan lahir dan batin.

4.      Wajib
Seseorang yang mampu memikul beban kahwin dan dapat pula berlaku adil (termasuklah berpoligami) dan berat sangkaannya akan berlaku zina jika tidak berkahwin, maka hukumnya ia wajib berkahwin.