Monday 4 March 2019

Wanita-wanita Yang Haram Dikahwini Selamanya


Seseorang lelaki bukan boleh mengahwini semua wanita, tetapi hanya sebahagian wanita sahaja yang halal dikahwini dan sebahagian pula haram dikahwini untuk selama-lamanya atau haram untuk sementara waktu sahaja.

Wanita-wanita yang haram dikahwini untuk selama-lamanya dapat dibahagikan kepada tiga kumpulan iaitu:

1.    Haram kerana keturunan (Nasab)
Kumpulan wanita yang haram dikahwini kerana keturunan adalah seperti berikut:
a)    Ibu (ke atas)
b)    Anak perempuan (ke bawah)
c)    Saudara perempua (ke bawah)
d)    Saudara perempuan ayah
e)    Saudara perempuan ibu
f)     Anak perempuan dari saudara lelaki
g)    Anak perempuan dari saudara perempuan

2.    Haram kerana persemendaan (Mushaharah)
Erti persemendaan ialah hubungan kerabat yang terjadi kerana perkahwinan. Wanita-wanita yang haram dikahwini kerana persemendaan ini ialah:
a)    Emak mertua ke atas dan ibu ayah mertua ke atas
b)    Anak tiri yang telah dicampuri ibunya
c)    Menantu perempuan (ke bawah)
d)    Ibu-ibu tiri (isteri ayah)

3.    Haram kerana penyusuan
Pengharaman kahwin kerana penyusuan sama dengan pengharaman kahwin kerana nasab (keturunan) iaitu:
a)    Ibu yang menyusukan
b)    Emak dari ibu yang menyusukan
c)    Emak dari suami ibu yang menyusukan
d)    Saudara perempuan dari ibu susu
e)    Saudara perempuan dari suami ibu susu
f)     Cucu perempuan dari anak perempuan ibu yang menyusukan
g)    Cucu perempuan dari anak lelaki ibu yang menyusukan
h)   Saudara perempuan sama ada seibu sebapa yang menyusukan
i)     Saudara perempuan seibu atau sebapa dari ibu atau suami ibu yang menyusukan