Pada umumnya bagi setiap lelaki yang mahu mendirikan rumah tangga, mereka mempunyai ciri tertentu dalam memilih wanita yang akan menjadi teman hidupnya. Bagi membantu setiap pasangan mencapai hasrat suci dan tujuan perkahwinan maka Islam telah menyediakan garis panduan yang khusus dan tepat kepada setiap pasangan baik lelaki mahupun wanita. Ciri-ciri yang bersifat jasmaniah, kerana ciri-ciri yang bersifat maknawi inilah yang lebih dekat dan hampir ke arah tercapainya matlamat perkahwinan.
Di antara ciri-ciri utama yang dianjurkan ialah:
a) Beragama dan berakhlak mulia.
b) Pengasih dan penyayang.
c) Yang pemberanak.
d) Masih perawan.
e) Keturunan yang baik-baik dan soleh.
f) Tiada jurang perbezaan yang menjolok.
g) Bukan keluarga yang terdekat.
h) Baik atau manis air mukanya.
i) Tidak tinggi harga mahar dan perbelanjaan kahwin.