Monday, 4 March 2019

Perkara Sunat Sebelum dan Selepas Akad Nikah


1.    Sebelum melakukan akad nikah disunatkan wali atau wakilnya berkhutbah.
Cara berkhutbah ialah sekurang-kurangnya membaca hamdalah (memuji Allah S.W.T.), selawat kepada Nabi Muhammad s.a.w. dan membaca tiga ayat dari ayat-ayat al-Qur’an iaitu Surah Ali-Imran ayat 102, Surah an-Nisa’ ayat 1 dan Surah al-Ahzab ayat 70-71.

2.    Setelah selesai akad nikah disunatkan berdoa untuk pengantin baru bagi mendapat berkat dan rahmat. Antara doa yang diamalkan oleh Rasulullah s.a.w. ialah:

Maksudnya: Semoga Allah memberi berkat kepadamu dan mengumpulkan kamu berdua dalam kebaikan

3.    Sunat diisytiharkan perkahwinan kepada umum. Caranya terserah kepada keadaan setempat dan kebiasaan asalkan tercapai maksudnya seperti mengadakan kenduri kahwin (walimah).

4.    Sunat mengadakan kenduri kahwin (walimah) sama ada sewaktu akad nikah atau sesudahnya menurut kebiasaan dan keadaan setempat.

5.    Harus mengadakan hiburan yang menggembirakan dalam majlis kenduri.

Walimah seperti nyanyian-nyanyian dan muzik yang sederhana dan sopan dengan memenuhi syarat-syarat yang berikut:

a)    Tiada pergaulan bebas antara lelaki dan wanita yang bukan mahram
b)    Nyanyian dan muzik itu tidak membangkitkan nafsu
c)    Tidak melalaikan ingatan dan kewajipan terhadap Allah S.W.T.
d)    Senikata nyanyian tidak mengandungi perkataan-perkataan yang cabul dan tidak sopan.