Monday 4 March 2019

Bahagian Mas Kahwin


Bahagian mas kahwin terbahagi dua iaitu:
1.      Al-Mahrul musamma
Maksudnya: Mas kahwin yang telah dipersetujui terlebih dahulu jumlahnya dan jenisnya serta dinyatakan dalam lafaz ijab dan qabul. Mahar musamma ini terbahagi kepada dua iaitu bayaran mahar secara tunai dan secara bertangguh atau hutang.

Menurut Sunnah Nabi Muhammad s.a.w. iaitu suami dianjurkan supaya memberikan sebahagian dari mahar itu kepada isterinya sebelum ia menidurinya.

Mas kahwin (mahar) yang telah dipersetujui terlebih dahulu jumlah dan jenisnya wajib diberikan oleh suami kepada isterinya apabila:

a)      Telah berlaku hubungan seks antara suami isteri
b)      Salah seorang di antara suami atau isteri meninggal dunia
c)      Berlaku perceraian sebelum berlaku hubungan seks. Dalam hal ini isteri hanya berhak mendapat separuh maharnya
d)      Perkahwinan yang fasid (tidak sah) dan telah berlaku hubungan seks antara suami isteri. Mahar wajib dibayar sepenuhnya dan perkahwinan dibatalkan.

2.      Mahrul mithil
Iaitu mahar yang serupa atau setanding yang diberikan oleh suami kepada isterinya dengan mahar yang diterima oleh gadis lain dalam keluarganya atau dalam kampungnya yang setaraf dengannya dari segi kecantikan, keperawanannya, pendidikannya, agamanya dan akhlaknya serta status sosialnya.

Mahar mithil ini wajib diberikan oleh suami kepad isterinya apabila:
a)      Berlaku hubungan seks antara suami isterinya, ataupun suami meninggal dunia sebelum digauli. Si isteri juga berhak mendapat harta pusaka peninggalan suaminya.