Kewajipan suami kepada isteri:
1.
Kewajipan yang
bersifat akhlaki (moral)
a)
Pergaulan yang
baik
b)
Berhati sabar
c)
Melindungi keselamatan
isteri
d)
Nafkah batin
e)
Memberi pendidikan
Si suami wajib mengadakan hubungan seks dengan
isterinya sekurang-kurangnya sekali dalam tempoh tiap-tiap kali suci. Dalam melakukan
hubungan kelamin ini beberapa hal perlu diambil perhatian iaitu:
a) Memulakan dengan
gurau senda yang boleh meransangkan nafsu kedua belah pihak dan bila hendak
melabuhkan sauh, maka sunat membaca Basmalah dan doa berikut:
Maksudnya: Dengan nama Allah. Wahai Tuhanku, jauhilah
kami dari syaitan dan jauhkanlah syaitan dari anak yang Engkau kurniakan kepada
kami.
b) Hubungan kelamin
itu hendaklah dilakukan di tempat yang tertutup dan tidak mendedahkan aurat.
c) Merahsiahkan hubungan
kelamin
d) Hubungan seks
adalah puncak kepuasan nafsu antara suami isteri dan itulah antara punca
kebahagiaan mereka. Oleh itu suami janganlah memikirkan kepuasannya sahaja
tetapi kepuasan isteri mesti dipenuhi seperti kepuasan yang dicapainya.
e) Tidak mencampuri
isteri di kala haid
2.
Kewajipan yang
bersifat kebendaan
Kewajipan-kewajipan
suami yang bersifat kebendaan ialah:
a)
Mahar (mas
kahwin)
b)
Tempat tinggal
yang sesuai dengan keperluan suami
c)
Nafkah yang
berupa makanan, minuman, pakaian, perubatan dan lain-lain.