Sunday, 3 March 2019

Hikmah Perkahwinan

Perkahwinan mempunyai banyak faedah dan hikmahnya, antaranya:

1. Membiak dan mengekalkan kelanjutan generasi manusia secara halal dan sah.

2. Menyalurkan naluri seks melalui cara perkahwinan yang halal dan sah , terjamin dari segi kesihatan.

3. Mengikut sunnah Rasulullah s.a.w.

4. Memberi ketenangan jiwa kepada lelaki dan wanita.

5. Melahirkan rasa cinta kasih sejati antara lelaki dan wanita.

6. Menambah keberkatan dalam hidup.

7. Menambah fadhilat (kelebihan) ganjaran beribadah.

8. Menjaga dan mengawal kehormatan diri.

9. Membersihkan keturunan dan meletakkan manusia supaya sentiasa bertanggungjawab.

10. Menghubungkan silaturahim.