Ertinya ialah pernyataan atau permintaan dari seorang lelaki kepada pihak perempuan untuk mengahwininya sesuai dengan ketentuan agama.
Peminangannya hanya boleh dilakukan terhadap wanita-wanita yang boleh terus dikahwini atau yang bebas dari halangan-halangan syarak. Oleh kerana itu haram melamar wanita-wanita berikut:
a) Wanita-wanita yang sedang dalam iddah, baik talak rajie mahupun talak bain.
b) Wanita-wanita yang dalam iddah kematian suami
Hal ini tidak dibenarkan ialah bertujuan bagi menjaga perasaan keluarga yang ditinggalkan. Walau bagaimanapun harus meminang perempuan yang masih dalam iddah kematian suaminya dengan cara kiasan (tidak berterus terang).
c) Tunangan orang
d) Perempuan yang dihukumkan haram dikahwini buat selama-lamanya.
e) Perempuan yang dihukumkan haram sementara kepadanya.
Cara Peminangan
Pada masa peminangan, sunat membaca khutbah pada awalnya. Dalam khutbah itu, peminangan dahulu memuji Allah S.W.T. dan disusuli dengan membaca selawat ke atas Nabi Muhammad s.a.w. sambil berpesan supaya bertakwa kepada Allah S.W.T. serta selepas itu barulah dia menyatakan hajatnya "Saya datang ke sini untuk meminang anak tuan". Selepas itu pihak wali perempuan berkhutbah pula lalu menyatakan jawapannya, contohnya "Saya menerima peminangan tuan terhadap anak saya".Membatalkan Pertunangan
Mana-mana pihak yang memungkiri janji pertunangan yang telah dipersetujui oleh kedua belah pihak, maka kedua-dua pihak hendaklah mengembalikan semula jika barang itu masih ada dan jika telah binasa, maka hendaklah dikembalikan dengan harganya.