Sunday, 3 March 2019

Pengenalan

Keinginan berkahwin adalah suatu naluri kurniaan Allah dalam diri setiap manusia yang boleh dikatakan sejajar dengan keinginan makan dan minum. Naluri berkahwin yang sengaja dikurniakan oleh Allah itu tidak perlu dihapus dan dibasmikan tetapi hanya perlu dipimpin dan disalurkan berdasarkan peraturan-peraturan Allah.

Satu-satunya syariat Allah yang mengatur naluri manusia yang berkaitan dengan perkahwinan telah disusun oleh alim ulamak dalam satu tajuk Kitab Fekah yang dikenali dengan "Munakahat". Manusia pertama yang terlibat dengan hukum ini ialah Adam dan Hawa dan kemudian peraturan itu diikuti oleh anak cucu Adam dan Hawa.