Monday 4 March 2019

Jumlah Mas Kahwin

Syarat Islam tidak menentukan jumlah atau jenis-jenis harta yang tertentu untuk dijadikan mahar. Banyak atau sedikit serta jenis-jenisnya diserahkan kepada pertimbangan dan persetujuan antara pihak lelaki dan perempuan. Semua jenis harta yang halal dan bernilai seperti wang ringgit, emas, perak, batu-batu permata, ladang, bangunan, binatang ternakan, pakaian dan sebagainya sah dijadikan mahar. Abu Hurairah r.a. berkata "Adalah mahar kami di kala Rasulaullah s.a.w. masih hidup ialah 10 auqiah (400 dirham)".

Islam sekali-kali tidak menyukai mahar yang tinggi dan membebankan. Mahar yang tinggi hukumnya makruh, bahkan boleh menjadi haram sekiranya kerana maskahwin yang terlalu tinggi itu menyebabkan tertutup pintu perkahwinan dan terbukanya pintu-pintu maksiat (zina).