Monday, 4 March 2019

Wali


Pengertian Wali

Erti wali dari segi bahasa ialah kesanggupan bertindak, mengurus atau mentadbir. Dalam perkahwinan perwalian itu dimaksudkan iaitu kuasa syarak yang diberikan kepada wali untuk menguruskan akad nikah dan mengadakan akad yang sah.

Wanita tidak boleh menjadi wali dan tidak boleh mengahwinkan dirinya sendiri.

Syarat-syarat wali iaiatu:

a)    Baligh dan berakal
b)    Merdeka
c)    Beragama Islam
d)    Adil
e)    Lelaki
f)     Bukan dalam ihram haji
g)    Mendapat izin kalau wanita tersebut janda
h)   Tidak dipaksa
i)     Mengetahui wali (sekiranya suami berwakil pada ucapan qabul)


Susunan Wali

a)    Bapa
b)    Datuk (bapa bagi bapa)
c)    Saudara lelaki seibu sebapa
d)    Saudara lelaki sebapa
e)    Anak lelaki dari saudara lelaki seibu sebapa
f)     Anak lelaki dari saudara lelaki sebapa dan seterusnya ke bawah
g)    Saudara lelaki ayah seibu sebapa
h)   Saudara lelaki ayah sebapa
i)     Anak lelaki dari saudara lelaki ayah sebapa dan seterusnya sampai ke bawah
j)      Sultan



Ketiadaan Wali (Wali ghaib)


Apabila wali yang akrab (dekat) yang cukup syarat-syaratnya ada, maka perwalian tidak boleh berpindah kepada wali ab’ad (jauh). Contohnya apabila si ayah ada hadir, maka saudara lelaki atau ayah saudara sebelah ayah atau lain-lain tidak boleh menjadi wali. Sekiranya wali akrab ghaib dikira jauh perjalanan lebih kurang 88.5km maka perwaliannya berpindah kepada wali yang mengikut susunan wali seperti yang dijelaskan di atas.



Wali sultan


Perwalian berpindah kepada sultan (hakim) dalam dua keadaan:
a)    Apabila wali enggan atau keberatan untuk mengahwinkan wanita yang di bawah perwaliannya tanpa sebab yang dibolehkan syarak
b)    Apabila para wal tidak ada



Wali Mujbir


Wali mujbir ialah wali yang dapat memaksa perkahwinan ke atas orang yang di bawah perwaliannya tanpa perlu meminta izin atau persetujuan terlebih dahulu. Perkahwinan ini adalah sah. Mereka yang termasuk di bawah perwalian mujbir ini ialah bapa dan datuk seterusnya ke atas. Mereka yang termasuk di bawah bidang kuasa atau pengurusan wali mujbir ialah:
a)    Kanak-kanak lelaki atau perempuan yang masih kecil
b)    Gadis (wanita) yang sudah baligh
c)    Lelaki dan wanita yang kurang sempurna akalnya (besar ataupun kecil)