Monday 4 March 2019

Syarat-syarat Ijab dan Qabul


Ijab ialah pernyataan atau ucapan pihak calon isteri (wali) manakala qabul pula ialah jawapan pula ialah jawapan dari pihak suami atau wakilnya.

Syarat-syarat ijab dan qabul ialah:
1.    Hendaklah lafaz ijab dengan menggunakan perkataan NIKAH atau ZIWAJ atau terjemahannya. Contohnya saya NIKAHKAN engkau dengan anakku Rohani binti Isa dengan maharnya RM1,000 tunai atau hutang.

2.    Lafaz ijab dan qabul hendaklah menggunakan perkataan yang menunjukkan masa lalu atau telah berlaku atau menunjukkan masa akan datang dan satu lagi perkataan yang menunjukkan telah berlaku.

Contoh 1:
kata wali perempuan: Saya nikahkan engkau dengan anakku dengan mas kahwin…
Jawab pengantin lelaki: Saya terima.

Contoh 2:
Kata wali perempuan: Saya akan kahwinkan engkau dengan anakku…
Jawab pengantin lelaki: Saya terima.

a)    Ijab dan qabul itu berlaku dalam satu majlis iaitu ucapan Kabul itu dijawab segera sesudah ijab.

b)    Kedua-dua belah pihak (lelaki dan wanita) telah mumayyiz kalau salah seorang gila atau belum mumayyiz akad nikah tidak sah.

c)    Lafaz Kabul boleh digunakan mana-mana ucapan yang menunjukkan persetujuan atau kerelaan.